Halaman

Selasa, 16 Ogos 2011

JIHAD NAFSU ADALAH JIHAD TERBESAR???(group post by bandi)



Assalamu'alaikum Wa Rahmatullah, Wa Barokatuhu..

Pembaca yang dirahmati Allah SWT sekalian. Nabi Muhammad SAW bersabda semasa khutbah terakhir baginda. Baginda mengingatkan para sahabat baginda supaya berpegang teguhlah dengan 2 'harta peninggalan' sesudah wafatnya baginda iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Ini merupakan urgensi kepada Muslimin dan muslimat untuk sentiasa merujuk kepada Al-quran dan hadis sebagai panduan kehidupan seharian.

Tapi, dalam kita bersungguh-sungguh mengamalkan sunnah Nabi SAW dan beramal dengan hadis-hadisnya, kita terlepas pandang dengan hadis-hadis palsu yang banyak disebar-sebarkan. Antaranya ialah hadis yang saya kongsikan ini.

Saya juga beriman dengan hadis ini sebelum ini. Hakikatnya ia merupakan hadis dho'if atau lemah yang tidak diiktiraf sanadnya.

ikuti perbincangan di bawah. Semoga ianya bermanfaat buat kalian.

* * * * *

Saya dapat info ni dari sahabat Manipal. Dia buat research online. Ini dia punya notes kat FB:

Hadis: ” Kita telah pulang dari jihad yang kecil (peperangan) dan kita menuju kepada jihad yang lebih besar/paling besar. Para sahabat berkata: Apakah jihad yang paling besar? RasuluLlah berkata: Jihad menentang hawa nafsu”.

Penerangan:

1. Status hadis di atas adalah tidak sahih (ramai ahli hadis berpendapat ianya dha`if)

2. Antaranya ialah Imam Baihaqi dan Ibnu Hajr Al-`Asqalaniy yang melemahkan hadis tersebut.

3. Imam Az-Zahabiy berkata ianya adalah perkataan yang mauquf (terhenti) ke atas Ibrahim bin `Ablah (seorang tabi`in). Maka ianya bukan dari kata Nabi.

4. Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi berkata: “Maka hadis ini tidaklah sahih dan tidak hasan, dari yang dilarang (tidak diterima) sanadnya, dan tidak dikeluarkannya oleh pentakhrij dari kalangan pemilik kitab mu`tamad di sisi muslimin, maka ia bukan dari kalangan Sahihayn (Kitab Sahih Bukhariy dan Muslim), dan tiada dalam satupun Kutub Sittah (Kitab Hadis 6), dan tiada dalam Al-Muwattha’ , dan tiada dalam Musnad Ahmad di atas kebanyakan apa yang darinya”.

5. Imam Ibnu Taimiyyah berpendapat jihad melawan puak kuffar adalah dari amalan yang terbesar.

6. Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi berpendapat bahawa jihad melawan nafsu adalah salah satu dari pelbagai jenis jihad yang dituntut ke atas muslim.

Kesimpulan:

Hadis “Jihad terbesar adalah jihad melawan nafsu” adalah dha`if, bahkan Al-Qur’an dan As-Sunnah banyak menekankan kepentingan jihad fi sabiliLlah dan fadhilat para syuhada’ yang syahid di medan peperangan. Namun, jihad melawan nafsu turut dituntut dalam Islam dan tidak harus dipandang remeh kerana kebanyakan dari kita susah/jarang sekali dapat keluar berjihad di medan peperangan, namun kita perlu melawan nafsu setiap masa dan di mana-mana jua.

Rujukan:

1. ahlalhdeeth. com
2. islamonline. net

Minta tolong certify betul tak ni?

Jzkk

Wallahuallam

Jawapan:

Mengenai hadis “Kita telah pulang dari jihad yang kecil (peperangan) dan kita menuju kepada jihad yang lebih besar/paling besar. Para sahabat berkata: Apakah jihad yang paling besar? RasuluLlah berkata: Jihad menentang hawa nafsu”. Saya rasa keterangan daripada apa yang dibuat research tersebut sudah memadai dan boleh diketengahkan.

Sekian, Wallahu A’lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan