Halaman

Sabtu, 13 Ogos 2011

my first write~O~

hari ni secara rasminya,aku mengaktifkan blog ni wat tatapan korang sume..aku akan kongsi apa yg kta perlu kongsi k..korang pon share2 la pape yg mcm bez..but NO PORNO ok??!

so isu yg agak baru skrg of coz psl asyraf haziq..budak malaysia yg kena rompak masa riot kat london haritu..so sbg rakyat malaysia yang prihatin.aku tumpang sedih dengan apa yg menimpa kawan kita tu..and kat sini aku share serba sedikit maklumat yang aku dapat dari some blog..kredit to meow~~



Asyraf Haziq, pelajar Malaysia di London yang tercedera dan dicuri Sony Playstation Portable (PSP), telefon bimbit dan basikalnya oleh anak-anak muda yang merusuh, mengundang simpati ramai pihak, termasuk rakyat Britain.

Asyraf Haziq dikatakan tercedera sewaktu berbasikal ke masjid untuk berbuka puasa. Basikalnya dikatakan ditarik oleh seorang perusuh menyebabkan dia terjatuh, dagunya terhentak ke jalan dan menyebabkan rahangnya patah. Asyraf kelihatan cuba menahan sakit, malangnya salah seorang yang berada di situ membuka beg Asyraf dan mengambil PSP dan telefon bimbitnya.

Video tersebut dirakamkan oleh seorang rakyat Britain bernama Abdul Hamid, yang tinggal di flat berdekatan. “Saya ingin membantu, tetapi saya takut dipukul, ada 50 orang perusuh berkumpul di situ pada waktu itu,” kata Abdul Hamid di laman Facebooknya, yang pada mulanya memuat naik video tersebut ke laman sosial itu.

Penduduk-penduduk flat itu juga mendakwa kumpulan perusuh waktu itu bersenjatakan pisau. Asyraf, pelajar perakaunan yang berusia 20 tahun juga berkata beberapa orang perusuh pada waktu itu mengancam untuk menikamnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan