Halaman

Sabtu, 19 November 2011

tembakau dan rokok

Antara soalan yang sering saya terfikirkan adalah siapa agaknya yang mula mengajar manusia hisap rokok sehinggakan tabiat merokok menjadi amalan lebih 1.22 billion umat manusia di muka bumi ini. Kalau dilihat sejarah rokok jenis biasa yang kebanyakan orang hisap sekarang ini, ia bermula daripada negara Amerika.

Tembakau pada asalnya digunakan oleh kaum peribumi Amerika sebagai bahan puja dalam upacara keagamaan mereka. Ia hanya boleh digunakan oleh orang-orang tertentu saja terutamanya bomoh. Mereka percaya tembakau adalah satu anugerah dari Tuhan untuk kegunaan manusia. Mereka percaya dengan menyedut asap tembakau, para bomoh akan mengalamai keadaan istimewa di mana permohonan mereka akan menjadi mustajab.

Selepas kedatangan orang Eropah ke Amerika. Tembakau mula menjadi barang komersial berharga di mana orang menghisap tembakau dalam upacara-upacara penting dan juga ketika perbincangan perniagaan. Teknik menghisap rokok juga diperbaiki menjadi semakin maju sehinggalah ia merebak ke seluruh dunia dan menjadi salah satu sumber kekayaan.

Christopher Columbus dalam pelayarannya pernah mencatatkan bahawa beliau melihat orang biasa membawa daun tembakau sebagai bekalan dalam perjalanan mereka kerana kepentingannya dari segi perubatan dan kesihatan.

Penduduk di Cuba pada zaman dahulu dilaporkan akan memasang jamung yang diperbuat daripada daun tembakau untuk dibakar dan menyebabkan banyak asap keluar memenuhi kampung. Mereka menjadikan asap tembakau sebagai bahan pencegah pelbagai penyakit dan juga digunakan bagi menghilangkan rasa keletihan.

Para saintis juga melaporkan bahawa asap tembakau merupakan bahan terapi yang baik yang boleh digunakan dalam rawatan jiwa.

Daun tembakau sudah berabad-abad lamanya digunakan sebagai bahan kawalan serangga perosak dikawasan perladangan. Daun tembakau yang ditumbuk dan dicampur dengan air setelah diperam selama 1 hari jika dicampur dengan beberapa sudu sabun boleh direnjis pada tanaman untuk membunuh berbagai serangga, bakteria dan juga fungus.

Nikotine yang ada pada tembakau mampu menyerap masuk ke dalam badan terus melalui kulit manusia. Kita akan merasa mabuk, pening, nak muntah, dan sukar bernafas.

Pendedahan kepada serapan Nikotin mendatangkan kesan selepas 3 jam di mana kita akan mula mengalami kejang otot perut, senak perut, suhu badan naik, degupan jantung bercelaru dan tekanan darah naik. Kesan ini akan kekal selama 3 hari.
Di Nusantara ini juga orang kita biasa merokok dengan menggunakan tembakau yang dibalut dengan daun nipah. Tembakau juga banyak digunakan sebagai salah satu bahan perubatan tradisional oleh tok-tok bomoh kita dahulu dan juga sekarang.
Barangkali tradisi menggunakan asap tembakau sebagai alat perubatan merupakan pencetus kepada tabiat merokok penduduk dunia sekarang ini termasuklah di negara kita. Cuma orang kita tidak membina idea merokok dengan lebih sophistikated sepertimana orang eropah di satu masa dahulu. Kita masih kekal dengan tembakau jawa dibalut dengan rokok daun sahaja sehinggalah sekarang.

Rabu, 16 November 2011

pantun aurat..(post on fb p2bM by nizamri)

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Tudung bawal berwarna merah
Amik 1 bayar kat depan
Pakai tundung nampak cantik dah
Tapi keluar pulak jambul didepan

Hukum Aurat di abai abaikan
Artis barat gaya di pegang
Rambut hitam di karat karatkan
Alahai aper la nak jd dgn zaman sekarang

pakai tudung sekali sekala
sekejap pakai sekejap buang
letih dah nasihat berjela-jela
trend semasa juga jd alasan dia-orang

yang orang x tau pasal hitler!~

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...


Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.




Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...






Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...


Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy
Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...

Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

~p/s:ada satu ucapan hitler yg penah admin baca,bunyi dia cenggini..telah aku bunuh semua yahudi tetapi aku tinggalkan sebilangan kecil untuk kamu kenali siapa mereka yang sebenarnya,,lebih kurang cm2la bunyinya..perghhh..nampaknya hitler ni mmg da tau yahudi ni mmg licik dan hampeh...

penyakit moden~dajjal

dajjal-maksudnya, sesuatu yg berpenyakit tetapi ditutupi supaya nampak tidak sakit.

1. penyakit malas smyg - buat gembira, padahal tak smyg..bleh gembira gak. (insaf dah..aku)

2. penyakit enjoy - karaoke, bersuka ria..seolah2 kat palestin...e nu aman damai..penyakit gak tu..tak sedar yg kite pun agama islam. hari ni enjoy, besok perang..baru tau dunia ni dah nak kiamat?

3. penyakit sukekan muzik - sebenarnya makin byk alunan yg mngasyikkan masuk ke dalam lubang telinga dan diterap kedalam hati, maka makin jauhlah kita dari mendengar seruan alam..seruan alam adalah zikir makhluk2 selain manusia pada allah..bunyi angin, bunyi binatang, bunyi air, alam semula jadi mengajak kita berzikir sentiasa.

4. penyakit benda - kita slalu letakkan nilai "sesuatu" benda padsa kadar kuasa tertentu..kita akan cakap, bulan ni tak cukup modal, so takleh la nak balik kampung tgk org tua..jadi "kuasa" diletakkan atas "modal" tersebut.secara tidak sengaja kita telah pun mengaku ada kuasa lain yg lebih berkuasa selain Allah. Begitu mudah kita menjejaskan tauhid kita sendiri

5. penyakit kesamarataan - pempuan moden menganggap ketidaksamarataan hukum lelaki dan perempuan dlm islam adalah tidak adil. anggapan ini tidak diakui secara lisan oleh mereka, tapi idea ini tlh pun diterap dalam otak mereka dan menjejaskan kepercayaan mereka pada hukum yg dibuat oleh Allah untuk memartabatkan mereka. tak payah tny kaum permpuan, tengok sendiri cukup

6. penyakit poligami - poligami telah dipandang sinis oleh pelbagai golongan, tahukah anda, untuk membentuk suatu Keluarga Super bagi pembangunan ummah, poligami adalah cara paling berkesan? Nabi membentuk peribadi anak2 melalui banyak didikan oleh ramai ibu. amalan ini sangat sesuai juga untuk diamal dizaman moden. Ibu yang menguruskan hal pendidikan anak2, ibu yang menguruskan hal ehwal rumah tangga, ibu yang menguruskan kejiranan dan sanak saudara dan ibu yang menjadi runner untuk membantu ibu yg lain. Poligami adalah hadiah untuk suami dan hikmah untuk isteri.

banyak lagi penyakit2 lain yg berjaya disebarkan..ia bukan memakan masa sehari untuk mempengaruhi cara kita berfikir, Dajjal sudah membentuk pemikiran kita semenjak zaman nenek moyang kita lagi sehinggakan kita tidak merasa salah walaupun melanggar hukum agama dgn menggunakan alasan adat yg dipakai nenek moyang sebagai penghalal cara..

Isnin, 17 Oktober 2011

hukuman untuk si pembuang bayi!

Gejala pembuangan bayi di Malaysia menunjukkan peningkatan yang tiada kesudahannya. Tiada petanda aras atau kayu ukur yang menyatakan gejala ini semakin dipandang jijik dan seterusnya berkurangan. Waima, dibunuh atau ditinggalkan hidup, moralnya, kedua-dua perbuatan ini adalah terkutuk di sisi Islam kerana tidak bertanggungjawab ke atas keterlanjuran mereka. Sebenarnya gejala pembuangan bayi adalah mencerminkan gaya hidup tidak sihat yang ditunjukkan oleh kelompok masyarakat kita hari ini.
Kita sedang melalui satu fasa yang genting di mana persoalan moral dan akhlak bukan lagi pertimbangan utama dalam setiap keputusan kita. Gaya hidup yang berteraskan liberalisme semakin berakar dalam pelbagai golongan masyarakat. Akar pemikiran liberalisme ini bertunjangkan pandangan alam kebaratan. Pandangan alam Barat ini menyumbang kepada kekeliruan abadi di kalangan masyarakat kita. Persoalan akhlak dan moral ditafsirkan secara relatif, seperti kisah tiga orang buta dengan seekor gajah. Ada yang mentafsirkan gajah seperti pelepah pisang kerana si buta memegang telinga gajah. Ada yang mentafsir gajah seperti tali, kerana si buta memegang ekor gajah. Ada juga yang mentafsir gajah seperti batang kelapa, kerana si buta memegang kaki gajah. Akhirnya, masing-masing mentafsirkan gajah berdasarkan ilmu pancaindera mereka yang terhad itu. Boleh dikatakan, gejala pembuangan bayi merupakan kekeliruan pandangan alam lapisan bawah kerana melibatkan orang awam, terutamanya mungkin golongan remaja. Kekeliruan tidak sahaja kepada orang awam, malah melekat juga kepada golongan ilmuwan dan pendidik yang dikategorikan sebagai lapisan atas atau utama, yang mereka ini menyebarkan faham kebaratan melalui institusi pendidikan kepada umat Islam. Tidak keterlaluan juga, mereka semacam ‘agen’ tidak rasmi pihak Barat.
Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya anak luar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat. Di samping itu juga, sikap masyarakat yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan. Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka hati. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya. Selepas itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan anak.Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dllaksanakan oleh pesalah. Seharusnya mereka ini dikenakan hukuman berat. Hukuman berat yang dilaksanakan dapat membendung gejala ini daripada terus berleluasa. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah merangka Implikasi undang-undang berhubung dengan pembuangan dan pembunuhan bayi. Di bawah Akta Kanak-kanak 2001 - Akta 611, seksyen 17 menyatakan bahawa anak yang dibuang akan dilindungi dan dijaga. Manakala, seksyen 46 pula, Ibu bapa boleh mendapatkan bantuan atau nasihat mengenai anak mereka yang tidak dapat dikawal dengan baik di mana anak ini akan diletakakan di bawah pengawasan yang telah dibenarkan di bawah kuasa mahkamah. Di dalam rang Undang-undang Jenayah Malaysia penal code, turut menyatakan bahawa sesiapa yang membuang bayi akan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun.
Selain daripada hukuman berat, terdapat juga hukuman-hukuman lain yang boleh dijalankan. Sudah pasti, perkara sesukar ini hanya boleh diperhalusi, diputuskan dan dilakukan dengan kerjasama semua pihak. Jika dibina pusat untuk ibu tidak sah taraf ini, bukankah kita hanya menggalakkan maksiat kerana pelaku maksiat sedar mereka akan dibantu dan mereka bebas melakukannya. Jika diwujudkan badan melindungi bayi tidak sah taraf ini sehingga menyerahkan pada keluarga angkat, apakah tercapai matlamat Islam iaitu berkeluarga dan berzuriat? Apakah dengan ini kita dengan rela melepaskan lelaki durjana yang hanya mahu melepaskan nafsu sahaja dan lari dari tanggungjawab terhadap wanita dan bayi tersebut? Bukankah kita mempunyai teknologi seperti DNA untuk mengesan bapa bayi ini, dan bagaimana harus kita bantu mereka supaya mereka insaf dan mendapat keampunan dari Allah SWT. Bukankah itu yang lebih penting.
Golongan agama harus bersatu padu dan tidak seibuk bertelagah. Mereka harus mengetuai usaha ini dengan memperjelaskan hukum membantu pelaku lelaki dan wanita membuang bayi samada harus atau haram!! Mengikut carian internet, ada beberapa pandangan yang dizahirkan golongan agama seluruh dunia, ada yang berpendapat bayi hanya bernyawa selepas 100 hari setelah ditiupkan roh. Itu pandangan mereka, apa yang kita perlukan ialah pandangan golongan agama yang bertanggunjawab di Malaysia kerana ia berkait dengan undang-undang Sivil dan undang-undang Syariah di Malaysia, apatah lagi undang-undang Allah diakhirat. Seterusnya Kerajaan dan NGO boleh menyediakan dana, tempat dan bimbingan untuk mereka.

nama-nama neraka


Hadis: sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala.


Ia memiliki tujuh pintu dan pada setiap pintu itu ada 70,000 gunung



setiap gunung itu pula ada 70,000 lereng dari api dan

setiap lereng itu ada 70,000 belahan tanah yang membabitkan api,


pada setiap belahannya pula ada 70,000 lembah daripada api.




Dikisahkan dalam hadis itu juga, di setiap lembah berkenaan ada 70,000 gudang daripada api dan
pada setiap gudang itu pula ada 70,000 kamar daripada api.
Pada setiap kamar itu pula ada 70,000 ular dan 70,000 kala jengking.


Setiap kala jengking itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala jengking itu ia mempunyai 70,000 bisa.









NERAKA HAWIYAH
Penghuni :
Untuk mereka yang ringan keburukannya.Melakukan kebaikan campur keburukan.
Untuk orang-orang islam yang cara hidupnya tidak selari dengan ajaran islam.
Keadaan :
Dibakar dengan api yang panas





NERAKA JAHIM
Penghuni :
Untuk hamba-hamba yang mensyirikkan Allah
Kedaan :
Sembahannya (patung) yang akan menyiksanya di neraka







NERAKA SAQAR
Penghuni :
Bagi orang-orang munafik
Untuk orang yang tahu syariaat islam,tetapi meremehkannya
Keadaan :
Dibakar di dalam api







NERAKA LAZZHA
Penghuni :
Untuk orang yang suka mengumpul harta.
Hartanya tidak diserahkan kepada fakir miskin.
Tidak mengeluarkan zakat.
Keadaan :
Bakar di dalam api yang panas
Kulit disiat habis





NERAKA HUTAMAH
Penghuni:
Pengumpat
Pencela
Kedekut (suka membilang-bilang harta)
Keadaan :
Sangat dasyat,harta-harta yang dikira akan menjadi bahan bakar.





NERAKA SA'IR
Penghuni:
kafirun
Orang yang tidak mahu menerima islam
Orang islam yang tidak mahu menunaika solat
Orang islam tidak mahu zakat
Orang islam tidak mahu puasa





NERAKA WAIL
Penghuni:
Orang yang tidak jujur
Keadaan:
Barang dagangan mereka akan dibakar






WALLAHUALAM.....

‎11 GOLONGAN AHLI NERAKA



Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."
...
Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan
oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat
ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda
menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12
golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan
sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka
adalah seperti berikut:-

1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana
mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu.

3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular
dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang
berdusta.

5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan
mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah
balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan
darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan
kebenaran.

8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan
kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati
sebelum bertaubat.

9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.
Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang
menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua
ibu bapanya.

11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,
bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar
kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas
titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih
dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati
dalam keadaan bertaubat."

* Sapa2 yang nak share xperlu mintak kebenaran,sudah menjadi tanggungjawab kita semua berpesan2 dan ingat mengingati.. (^_^)