Halaman

Selasa, 16 Ogos 2011

WIGAN ATHLETIC NAK BELI BADRO BAKHTIAR????(group post by bandi)



Wigan telah membuat satu percubaan yang mengejutkan untuk Baddrol Bakhtiar. Beliau seorang pemain kebangsaan dari Malaysia dan bermain di Kedah FA. Pemain ini sangat cemerlang kebalakangan ini di dalam Liga Perdana Malaysia dan beliau akan diberi tempoh percubaan di Latics.

Menurut sumber-sumber dari Malaysia, Baddrol sangat dipandang tinggi di tanah air beliau iaitu Malaysia. Beliau seorang pemain sayap dan juga boleh bermain di depan, beliau dikenali kerana mempunyai gaya menyerang dan kebolehan menggelecek.

Baddrol telah menghabiskan masa yang agak lama di England, beliau telah menghabiskan banyak masa dengan Chelsea di Stamford bridge selama dua minggu. Dalam masa itu beliau sudah biasa dengan standard bola sepak yang diperlukan dalam Liga Perdana Inggeris.

Difahamkan Baddrol sedang dipertimbangkan oleh Wigan kerana mereka menganggap adalah satu peluang barangan Wigan di Malaysia dan satu pasaran besar yang mempunyai potensi untuk memasarkan penjenamaan Wigan di Malaysia kerana mereka menganggap Liga Perdana Inggeris adalah pasaran yang terbaik di Malaysia.

Berita 1 Ogos 2011 dari: http://www.eyefootball.com/

apa2 puns..Kesahihan rumours ini belum dapat dipastikan lagi, dan hasil perbualan Hafizal Hamad dengan Baddrol seperti yang beliau paparkan di laman facebook beliau mengatakan:
"Baru berbual dgn Badrol Bakhtiar sebentar tadi...Bad dlm perjalanan blk ke Kedah..Wigan? Dia sendiri masih blum dpt apa2 tawaran secara rasmi,tapi ada dengar juga mengenai tawaran tersebut..Tapi Bad tidak mahu memikirkan sgt sehingga dpt tawaran secara rasmi..

http://www.eyefootball.com/new​s/1022...join-Wigan?%2F

agak2 korang yg men fifa online tu klu badrol ada dlm tu korang nk bli x jd player korang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan