Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat
Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong
Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah
Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung
Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung
Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan
Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat
Tudung bawal berwarna merah
Amik 1 bayar kat depan
Pakai tundung nampak cantik dah
Tapi keluar pulak jambul didepan
Hukum Aurat di abai abaikan
Artis barat gaya di pegang
Rambut hitam di karat karatkan
Alahai aper la nak jd dgn zaman sekarang
pakai tudung sekali sekala
sekejap pakai sekejap buang
letih dah nasihat berjela-jela
trend semasa juga jd alasan dia-orang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan