Halaman

Jumaat, 2 September 2011

LELAKI OH LELAKI


Cuba bandingkan pemikiran anda dengan ayah-ayah, pakcik-pakcik serta datuk-datuk anda. Mereka memang jauh berbeza bagaikan langit dan bumi dengan anda. Jikalau dulu ayah anda mengenal erti seks ketika umur lewat belasan tahun, anda pula lebih advance, mungkin awal belasan tahun lagi. Tidak syak lagi, ini semua berlaku gara-gara perkembangan teknologi yang begitu pesat. Baik media cetak mahupun elektronik, kesemuanya menarik perhatian pandangan lelaki-lelaki. Lihatlah akhbar-akhbar tempatan, rancangan-rancangan TV, mahupun filem-filem wayang, segalanya dipenuhi gambar mendedah aurat. Setuju tak sekiranya dikatakan rating acara terjun dalam sukan komanwel baru-baru ini adalah paling tinggi berbanding acara-acara sukan lain? Kemudian, tatkala anda melayan aksi kuasa luar biasa yang ada pada watak-watak dalam drama bersiri Heroes, berapa banyak matakah yang tidak terkelip-kelip sangkut memerhati watak Claire Bennet? Ini tak termasuk lagi filem-filem Hollywood yang anda torrent sendiri, konon-kononnya ingin menikmati kehebatan jalan ceritanya tetapi berapa kalilah anda mengulang tayang adegan-adegan selitan yang menjijikkan? Ini semua kaedah alternatif bagi mereka yang menafikan menonton blue, tetapi cuba memenuhi hawa nafsu dengan cara tersendiri.

Inilah cabaran yang perlu ditempuh buat kaum lelaki masa kini. Lupakanlah segala hidangan-hidangan dunia yang memerangkap anda sendiri. Ingatlah, sesungguhnya perlakuan zina itu bermula dengan pandangan mata yang tidak dikawal oleh iman dan takwa. Bermula dengan melihat aurat wanita, ia membawa seseorang itu berkenalan dengan lebih rapat, menjalin hubungan dengannya, dan seterusnya berlaku perzinaan dan berakhir dengan pembuangan bayi. Berusahalah sedaya upaya melawan keinginan nafsu anda dan ketahuilah sesungguhnya melawan nafsu itu adalah seolah-olah seperti sedang berjihad. Jadi, janganlah menjadikan kaum muslimah, teknologi dan sebagainya untuk dipersalahkan dalam mengabaikan hukum menjaga pandangan. Rasulullah SAW bersabda:

“Orang yang berjihad ialah orang yang melawan nafsunya” (HR Tirmizi)

Maka, sudah tiba masanya masing-masing memainkan peranan! Disamping kaum muslimah menjaga pemakaian mereka, kaum muslimin haruslah menjaga pandangan pula. Marilah kita sama-sama bergerak ke hadapan untuk menuju kesudahan yang baik. Tinggalkan segala kemungkaran dan jangan memenangkan pujuk-rayu dan dorongan syaitan. Sentiasalah ingat pada Allah SWT dan insyaallah hati pasti tenang, seterusnya kita tidak akan mencari sesuatu yang lebih gembira daripada ini.

(Bukan semua lelaki adalah bersifat sedemikian seperti yang diceritakan di atas. Namun untuk mencari lelaki yang bukan bersifat demikian adalah sangat sukar pada masa kini)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan